Perkembangan Bahasa Melayu Bahasa_Melayu

Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutamanya Inggeris.

Perubahan aksara penulisan bahasa Melayu sehingga kini

Rencana utama: Abjad Bahasa Melayu

Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:

Untuk mengetahui kaedah penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, penulisan unsur serapan dan tanda baca umum yang dipraktikkan dalam bahasa Melayu, sila lihat: Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu.

Rujukan

WikiPedia: Bahasa_Melayu //scholar.google.com/scholar?q=%22Bahasa+Melayu%22 http://translate.google.com/translate?u=https://en... //www.google.com/search?&q=%22Bahasa+Melayu%22+sit... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Bahas... //www.google.com/search?q=%22Bahasa+Melayu%22&tbm=... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Bahasa+Mela... http://news.nationalgeographic.com/news/2004/02/02... http://www.youtube.com/watch?v=pycewToY3_A http://www.ekamus.info/ http://www.karyanet.com.my/knet/index.php?tpf=DEWA...